Jom Klik!

Easy to View You Page..Please drop your link..

Monday, February 22, 2021

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk menulis ni blog yang lama ditinggalkan ni. Sejak menjadi ibu kepada Maya & Aisy ni mmg banyak cabaran dan dugaan untuk membesarkan anak-anak ni. Mereka pun masing-masing dah pun berumur enam dan lima tahun.Alhamdulillah sihat semuanya.


Hari ni saja mommy Ina nak kongsi produk-produk Shaklee ni. Since Mommy Ina adalah pada mulanya pengguna Shaklee, lepas tu terus menjadi Independent Distributor Shaklee Malaysia. Insyaallah Mommy Ina nak share beberapa produk yang hot dipasaran Shaklee di Malaysia dan menjadi favourite customer Mommy Ina sendiri.


Firstly, kita kenalkan paling top sekali dalam banyak-banyak produk Shaklee is ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour. Fungsi utamanya ialah ia sentiasa memberikan tenaga memandangkan Mommy Ina juga makan gaji, tak de helper kat rumah dan menguruskan hal rumahtangga sampailah ke malam (hehehe). Yang utama sekali, ESP ni berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti iaitu soya. Yang x suka minum susu macam Mommy ni mmg sesuailah minum. Tapi yang tak suka soya,dont worry...kita boleh mix kan soya ni jadi air sampai tak rasa soya tapi takdelah sampai hilang keistimewaan dan khasiat dia kan.



KEISTIMEWAAN SHAKLEE

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


KENAPA RAMAI SUKAKAN ESP INI?

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
5) ESP juga membantu menghasIlkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit


CARA PALING MUDAH DAN SENANG NAK MINUM ESP 

Pada botol tulis 3 scop kan, kalo rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2...contohnya,

pagi bancuh 1 sudu besar,
tengahari 1 sudu besar
dan sebelum tidur 1 sudu besar lagi...
yang penting ESP ni MAKSIMUM 3 sudu besar sehari...
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal kita.

Next step; nak campur dengan ape lagi?

1 sudu bancuhan ESP + Milo / Chocolate 
1 sudu bancuhan ESP + Oren Sunquick
1 sudu bancuhan ESP + Air Dutch Lady perisa Strawberry
1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)
1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren
1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma 
1 sudu bancuhan ESP + Ribena 
1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1 
1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum 
1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend
1 sudu bancuhan ESP + Horlicks 
1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss
1 sudu bancuhan ESP + Mealshake/Performance Drink/Cinch Shake (all ni produk Shaklee)
1 sudu bancuhan ESP + Air suam (ni dah kalo mmg dah takde sgt dah air sedap kat umah tu) ingatt, jangan bancuh dengan air panas ok, bancuh dengan air suam/masak je. Kalau bancuh biasa akan dapatkan keaslian rasanya

Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (2x sehari )
Tapi kalau bulan puasa Mommy Ina suka minum 3 scop masa sahur. Alhamdulillah kenyang sampai berbuka puasa.

Tips ESP
  • Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
  • Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja boleh, tapi pastikan kacau sampai larut dan tidak berketul. 

PALING PENTING: JANGAN CAMPUR AIR PANAS DAN MINUMAN YANG ADA KAFIEN.

Harga Runcit ESP : RM 161.25

Untuk dapatkan harga promosi dari Mommy Ina boleh la hubungi terus Mommy ok 

Whatsapp: https://www.wasap.my/0192235632/sayanakshaklee COD : Wangsa Maju, Ampang, Hulu Langat & Cheras


Ok, itu jelah setakat ni..Nanti Mommy Ina citer lagi berkaitan produk Shaklee ni.

Assalamualaikum..


Monday, March 23, 2015

SUAMI KU MENUNAIKAN UMRAH



Kurang 24 jam je lagi suamiku akan menunaikan Umrah.

Ya Allah, semoga suamiku diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusannya di sana dan moga mendapat umrah yang mabrur. Insyaallah ada rezeki kita dapat pergi bersama-sama.
Aku tak dapat pergi sebab sedang sarat mengandung. Sekarang dah pun pregnant 31 minggu. Travel agensi pun dah tak galakkan ibu mengandung macam aku ni pergi sebab takut ada apa-apa yang akan berlaku kelak.

Aku redha.. insyaallah satu hari nanti aku akan jejakkan ke tanah suci.

For information, suamiku akan bertolak pada 24/3/2015 ( 3ptg) dan akan sampai ke Malaysia pada 4/4/2015 (12H/10M) Dia pergi dengan Andalusia Travel & Tours . Ambil pakej Umrah Penerbangan Saudi Airlines 2015 
Dia pergi sekeluarga berlima dengan mama, adik ,atok & aki. Sedih la aku tak dapat pergi. Tapi aku akan cuba untuk menahan air mata aku nanti kat airport nanti..

Semoga semuanya dipermudahkan... Amin...






Tuesday, March 17, 2015

AMALAN RAHSIA UNTUK BERSALIN MUDAH




Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya suami isteri membaca surah-surah di dalam
Al-Quran untuk dijadikan amalan harian kerana fadhilatnya begitu banyak sekali.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

❀ Surah Yusuf - untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
❀ Surah Luqman - untuk memohon anak yang cerdik.
❀ Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin.
❀ Surah Yasin - untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
❀ Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu.
❀ Surah al-Imran ayat 38 - untuk memohon anak yang baik.
❀ Surah al-Imran ayat 8-9 - untuk memohon rahmat.
❀ Surah Ibrahim ayat 40 - untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
❀ Surah al-Baqarah ayat 128 - untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
❀ Surah Yassin ayat 22-23 - untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
❀ Surah as-Sajdah ayat 7-9 - untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
❀ Surah al-Furqan ayat 74 - untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.








Pregnant : 40 weeks

Alhamdulillah,

Dah hamil minggu ke 40 dah. Syukur sangat..
Aku dah rasa pergerakkan baby yang sangat luar biasa.Aktif yang bukan main. Kalau baring tu berombak-ombak perut aku. Alhamdulillah aku rasakan baby aku ni sangat seronok bermain dalam perut mummy dia ni.

Tapi tu la, pergerakkan aku dah mula terbatas. Jalan pun dah tak boleh nak laju-laju sangat sbb baby dah kerap mengeras. Tido pun dah berpusing-pusing.Ke kanan salah ke kiri pun salah.. so tido je la macam mana pun. Dah mula kerap terjaga malam. Kaki pun dh kerap krem bile tido dan kebas . Rasa bersyukur dapat merasa menjadi seorang ibu mengandung.

Sentiasa mengoogle artikal ibu hamil ni...sbb nak tau feel ibu mengandung tu macam mana kan...





Monday, March 9, 2015

Kembali Semula

Assalamualaikum semua..

Lama betul la saya tak update kat blog ni. Haih, bertahun gak la..byk btul nak citer yg.
Ok kita summary citer je la eh.

1. Saya dah jadi isteri seorang lelaki pujaan hatiku - 25/5/2012
2. Sah jadi ibu - 19/10/2014
3. Wujudnya Azoora Sophia Collections - 2014

Tarikh tu je saya blh bgtau..nanti kita cerita lagi ok ;)

Lots of love,



Monday, May 13, 2013

Ikan bakar

Salam semua...

Kalau nak lunch ikan bakar...gi la medan selera au 2 jalan enggang, keramat....depan kilang ape ntah x sure..

Sedap dan byk pilihan lauk pauk yang lain...

Yang paling penting good services...

Tuesday, February 19, 2013

Tuesday, April 17, 2012

Persiapan Perkahwinan Saya :)

As salam,


Masa berlalu dengan pantaskan? 25 Mei 2012 dah nak dekat.berdebor rasenye ni..Ni nak bukak balik checklist yang penah saya post dulu...Checklist Persiapan Perkahwinan


skrg nk check list ni satu persatu..takut tertinggal jer.



Checklist Permohonan Nikah
- kena hadiri kursus pra-perkahwinan -done
- kena buat ujian HIV (bergantung pada Jabatan Agama Islam Daerah tapi rasanya semua tempat dah wajibkan)- done
- kalau yang lelaki pastikan ada surat akuan bujang ye- saya pun kene mintak- done
- dapatkan borang permohonan nikah dari Jabatan Agama Islam Daerah yang kita jadi pemastautin dan lengkapkan borang dan sertakan dokumen sampingan yang diperlukan. bagi lelaki, kalau dah dapat kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah boleh serahkan surat kebenaran tu pada pihak perempuan.-done
- pihak perempuan pon kena isi borang yang sama dan kepilkan surat kebenaran kahwin dari pihak lelaki dan dokumen sokongan yang lain.-done
- pastikan anda telah tempah tempat dan jurunikah untuk majlis kahwin anda.-done

Checklist Barang Hantaran-

- jam -done
- baju, seluar, tie
- tafsir alquran
- kek -done
- coklat/ gula-gula
- perfume
- sirih junjung
- set belt & wallet - done
- kasut
- buah-buahan
- cookies

Checklist Resepsi Perkahwinan
- booking andam pengantin/ pelamin -done
- fitting baju pengantin -done
- baju nikah - done
- tempat persandingan -done
- khemah - done
- hiasan bilik tidur pengantin - done
- book fotografer -done
- kad jemputan / undangan kahwin beserta dengan pelan ke tempat majlis resepsi - done
- book kompang untuk resepsi kahwin & malam nikah.
- book mc atau karaoke.
- door gift untuk tetamu dan VIP - done
- bunga telur - done
- bunga manggar - done
- sediakan kos penginapan dan pengangkutan rombongan
 - tempat penginapan untuk pihak yang bertandang sekiranya perlu
- kek kahwin -done
- sediakan papan tanda
- silat


** aduh byk yg belum settel lagi rupenyer..sempat ke ni?help!help!

Monday, April 16, 2012

Salam Kembali

Assalamualaikum..





Lama sungguh saya xmenjengah di lubuk blog ni. Ya Allah, saya sangat bz sampai xde masa nk menaip.Idea saya sangat berlambak sampai nak tertumpah tapi berkesempatan untuk menaip.








First of all, dengan rezeki Allah SWT saya dah ditukarkan kerja.Alhamdulillah mungkin ni dikatakan rezeki nak kawen kan?Baru jer kerja 2 Feb 2012 hari tu..dalam bidang yang sama tapi produk yang lain..Biasela permulaan kerja yang tak berape baik sangat. Masih belajar dan terussss belajar....Best dapat geng yang sekepala..kenalah jiwa aku yg happy ni..kuat gelak macam gajah (bak kata kak Lin.)..Macam biasa lah ade la yang nk tunjuk bagus and berlagak pandai..aku diamkan dan akur jer la..im freshies so kenala buat cara budak junior.

Tahun 2012 ni banyak yang berubah...kerja berubah..status pun berubah..jeng jeng jeng...saya nk kawen dah...Mei ni..Banyak yg kena buat preparation..agak pening jugaklah nak pikirkan segalanya..aduh..

Nanti saya cerita pasal persediaan perkahwinan saya yer..

Sekian

Friday, September 30, 2011

MICKY?? Apakah itu?

Micky? ape tu?

ha...dia la pengubat hati, pengarang jantung buah hati aku sekarang selepas kepemergian si Belang.
Micky tu kucing...actually my fren Erna yang bagi kat aku...Erna dah tak boleh jaga dia since dia dah kahwin & jadi mak ni..Lagi pun time tu micky sakit..so aku la nurse yang menjaga micky..soskrg Micky la menjadi penyeri hidup kami sekeluarga...

Biodata Micky:


Name: Micky
Color: White and tompok-tompok hitam...tanda lahir barangkali..hahaha
Gender: Male (Spay)
Breed: DSH (tapi kalo google dia ni macam Japanes sbb kretiria mmg serupa!)
Age: 5 years old (dah tua dah...tapi blm uzur lagi)
Weight: 6kg
Hobby: Sleep! (maklumlah...dah tua..)

Bersawang dah Blog Ini


Ya allah sangat rindu untuk menulis kat blog ni..
sangat bz saya ni kan?erm tak pe la ni ade masa aku menulis..banyak sangat ada kat dalam kotak fikiran ni..mebuak-buak nak citer...

Dari July-September ni mmg banyak citer sensasi kot.hahaha...

Nak share pasal:-
  1. Kewujudan mahluk baru-MICKY..apakah itu?
  2. Cuti-cuti di Langkawi
  3. Majlis Berbuka Puasa
  4. Sambutan Raya Aidilfitri
  5. Jemputan Majlis Hari Raya
  6. Family Day...
Nak citer kat sini takut panjang..so saya citer satu persatu yer...

Check it out!


Sunday, July 3, 2011

Photoshoot @ Tasik Perdana,Kuala Lumpur

Lamanya aku x menaip kat blog ni..macam-macam benda yang aku nak tulis kat sini..tapi aku starting dengan citer terbaru ni..Photoshoot...

Lokasi: Tasik Perdana,Kuala Lumpur
Tarikh: 2 Julai 2011
Masa: 12.30pm - 5pm
Talent: Ina & Ila
Tema: Gadis Melayu

Sebenarnya diaorang ni ajak memang dari dulu lagi,tapi aku asyik ade hal jer memanjang.so ni lah first time join team diaorang ni as a Talent. nak gain experience.Mane la tau lepas ni ade job ke orang bagi (ade ke?)hahaha.

Agak rase macam perasan cun pun ade bila dgr "INA JOM AR BUAT PHOTOSHOOT" padahal jerawat kat muka ni dah macam cendawan tumbuh...kulit sunburn dek dipanah matahari akibat berjemuran di Langkawi last week...dengan alignment body yang dah lari..pergh rase macam boleh ke aku ni?kang buat gambar korang rosak jer and banyak plak kerja nak mengedit kang..Apapun mereka mmg Professional. Ape pun tgk la beberapa gambar yang diambil dengan kepakaran masing-masing.










Superb! kan?

Dan Paling tak disangkakan ialah rupenyer ramai photographer yang datang time tu..Di inform adalah 2-3 orang je..ni bukan 2-3 orang,dah macam team bola ade la..anyway they are the best.enjoy la ngn diaorg..time kerja serious la..kalo time gurau..adoi....


FS Team



Friday, May 6, 2011

Kembali Semula

saya kembali lagi...

eh lama betol ek aku tak menjengah kat blog aku nih..dh bersawang pun..nak lap sket..(habuk weh)...erm, actually banyak gak citer yang aku nk share nih...tapi tulah..tak tau lah yang mane satu yang aku nk tulis..heehhehe...

setelah pemergian Belang, aku sangat sunyi...terasa rindu bila tgk kat wallpaper kat desktop and henfon aku...rindu....petang tadi aku gi ziarah kubur dia ngan kak lin..alhamdulillah, elok la..tak kena korek dek anjing yang berkeliaran kat sekeliling...kayu penanda tu pun masih utuh...sebab before this lepas jer kiteorg tanam jer belang tu selang 2 hari aku mengsyaki sesuatu yang telah berlaku...seperti ade org korek kubur tu and tanam semula..sebab kes kiteorg (aku dan tunang) tanam belang tu diragui oleh penduduk berhampiran..ingat kiteorg tanam baby lah tu..helo i tak tanam baby tau..erm macam2 lah pemikiran orang kan?

9 april 2011

buat suprise birthday party for my mak...abes aku invite semua sanak saudara kat Hj samuri sate kajang...siap tiup lilin tau mak i..hehehe..thanks again to my aunty ahchik sue and hubby, cik emy and family sebab meriuhkan majlis...



14 april 2011

aku dicelebrate oleh 2 orang kawanku yg cantik dan hot! tq dear...my birthday!! yeppi!!! dapat present tau..tomey2 jer...hehehe..and choclate...thanks dear...kenyang mkn choclate...

** thanks zura sebab open table.next time turn i pulak **


1 Mei 2011

Selamat Pengantin Baru buat En aan dan isteri...
First time aku gi wedding kawan yang paling jauh...nun di Pontian...jauh gak lah perjalanan tu...tak pe...kita gi wedding orang insyaallah orang tu akan samapi umah kite pulak...betul tak? (macam main balas, balas,pulak)hehehe
Tapi frust tak ambik gmbar sama pengantin. sekeping pun tak de...tak perla..tunggu jer la time wedding aku kang...aku siap buat announcement lagi panggil kawan2 bergambar...
Tema dia Red and Black...orait gak kan merah...idea tu...

Thursday, April 14, 2011

Hadiah Hari Lahirku....(citer sedih)

13/4/2011..

Tarikh akhir bagi hayat Si Belang...

Adakah ini hadiah hari lahirku???

Semoga kau pergi dengan tenang....Akak akan sentiasa menyanyangi dan ingat memori kita bersama.....

Ni gambar terakhir si belang...


Ditempat kejadian

Punca utama mati "Sesak Nafas"
Pengebumian

yang terakhir
Penanda tempat pengebumian


Terima kasih kepada en Tunang sbb tolong tanam belang.Memandangkan kawasan rumah aku tak de tanah, aku mengambil keputusan untuk tanam belang diarea ofis aku. semoga segar dalam ingatan..

Aku harap kata-kata akhir aku pada belang dapat dia faham....(mcm bangang plak ckp ngn kucing)

Kepada kawan-kawan yang banyak memberi nasihat dan sokongan kat aku,aku berterima kasih..especially to:
  1.  Kak Lin, hari2 dgr citer aku pasal belang
  2. Erna, sentiasa sharing problem pasal belang n mickey...and temankan aku gi spay belang
  3. Eyla, sanggup nk bagi anak kucing sebagai pengganti belang
  4. Ahcik Sue, rela bagi ippy untuk menggembirakan aku
  5. Mak,ayah and farah, sanggup tolong jaga belang,kasi makan, main2 dgn belang
  6. Lastly, en Tunang, sentiasa dengar citer pasal belang, dan tak bosan teman gi vets..
(Sound is like stupid bila tau aku sedih giler pasal seekor KUCING)

Thanks for Nuffnung!!!

OMG i got the email from nuffnung lah....

Nuffnung kasi aku 4 TGV tiket free tau sempena hari kelahiran aku hari ni...hehehehe....
Thanks again...
Dh redeem pun 2 tiket semalam..balance 2 lagi...hehehe


Monday, April 11, 2011

Dia Akan Mati akibat Feline Infectious Peritonitis (FIP)

Salam semua,
Dah lama blog ni bersawang kan?meh nak lap jap..(mengelap sambil menyanyi..la la la la)
Sorry la, lately ni aku bz dengan urusan kerja yang xpenah settle...ni baru dapat luangkan masa untuk berblogging..tu pun berat jugak tgn ni nk menekan-nekan papan kekunci sambil flash back citer yang dah semakin lapuk tu...


kalo korang ikut enty sebelum ni, aku ade cerita pasal kucing kesayangan aku ni..si Belang..kalo korang baca pada Tajuk mmg ia berkait rapat dengan cerita si Belang..ya, si Belang akan MATI..sedih dan sayu bila doctor katakan dia akan mati...


okeyh, aku Nak cerita & sharing siketpasal belang..

Monday (28/3/2011-4pm)
Pergi hospital veterinar UPM. doctor check suhu still 40c. (masuk ni dah sebulan check suhu still sama) Then, doctor buat ultra sound tapi x detect ape2buat blood test..pernafasan dan lain2 lah (check up biasa).
Doctor suggest untuk masukkan kat wad. Then aku tinggalkan belang dengan harapan shes be fine!
Ketika on the way bawak gi Hospital Veterinar UPM
Tuesday (29/3/2011)

Doctor call then bagitau perkembangan belang and kasitau result skali.
Result bg blood test: belang hidap anemia Tapi doctor kata dia mempunyai antibody yg tinggi tp protein kurang..so kritikal la jugak..
Suhu badan belang dah turun..alhamdulillah..dah 38C.
tapi, doctor Nampak belang punya pernafasan agak tak teratur, so doctor suggest untuk buat x-ray.

After x-ray, doctor ckp ade lendir pada thorax.bila kuarkan ade lah dlm 220ml..bayangkan bape byk tu....tu sebab dia xboleh bernafas..kalo x kuarkan dia akan mati sbb tak blh bernafas seperti biasa..
Then, belang dimasukkan di ICU untuk dijaga dgn rapi..bila dh dengar masuk ICU tu, aku ape lagi..perasaan cemas & risau membelenggu. Dlm kotak fikiran aku asyik fikir pasal belang jer..
So aku decide untuk gi visit dia kat icu tu..

Air yang dimasuk kedalam Belang bagi menurunkan suhu badan
Malam tu aku lawat belang kat ICUsedih dan sebak bila tgk belang macam tu.
Belang dimasukkan air kat badan dia. Badan dah takde rupa..bulu dicukur untuk injection keluarkan lendir tu.

Belang diselimutkan dan ditenteramkan

Time ni sedih giler..air mata dah mencurah-curah Masa aku sampai je, aku tgk dia, dia tgk jer aku.aku belai dia baru dapat bau yg sbnrnye aku ade kat depan mata dia..bila dia tgk aku dia terus panggil aku..dapat rase kan yang dia sebenarnye nak bagitau kat aku yg dia sakit and nk balik..aku suh dia cool..dok diam diam..masa aku smpi dia dibalut dengan tuala..belang dok dlm keadaan baik..tapi bila aku sampai dia nk keluar and nk dok kat dakapan aku.tp aku x kasi takut wayar air tu terputus..tapi time tu belang nak tunjuk kat aku yg dia kene cucuk kat badan..dia nk berdiri..tapi xgagah..asyik jatuh jer..maklumlah dia baru lepas di bius..so tak de tenaga..

Sedih sangat aku tak tahan dah time tu .aku rase korang pun dapat rasa ape yg aku rasa kan?


Wednesday (30/3/2011)
Pagi ni doctor ade call aku and bgtau yg belang mmg kena penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP). Sangat bahaya dan boleh mati..jangka hayat dalam 1-2 bulan sahaja..tp kalo with treatment maybe boleh hidup dalam 7-8bulan..less then 1 year la..

Petang ni doctor akan confirmkan samaada sok belang boleh kuar atau tidak..sbb doctor risau belang xboleh mkn dgn sendiri..nk kene bersuap..


Hari ini Monday (11/4/2011)
Belang semakin kurus..makan pun dah tak nak walaupun dipaksa..Rutin harian,menyendiri di dalam bilik air...bulu dah tak terurus...nk melompat panjat ke kerusi pun dah tak mampu..jalan pun senget jer...kalo blh nak rebah terus..


So untuk pengajaran vaksin la kucing kesayangan anda Ketika ni aku sdg menitiskan air mata ..dah la aku ni jenis touching..hua hua hua



Sunday, March 13, 2011

Perkembangan Semasa

Hai..

Lama nyer aku x mengupdate status ni..erm, bz memanjang..tak de masa nk melawat kat blog ni.Dulu time byk masa terluang ade gak la cerita yg nk di update nyer..

Pasal kucing kesayangan aku tu, si Belang..Minggu ni dh 3 minggu sakit.demam panas dan suhu masih tak turun lagi.Jumaat lepas bawak lagi ke Vet untuk check up.And Doctor ckp suhu masih sama 40 darjah celcius. So doktor decide untuk masuk air kat belang.

Sian jugak aku tgk belang tu..tapi nk buat mcm mane.lepas jer blk jpe doctor dia buat perangai pelik...cari port tido terbaik..cuba tgk gmbr ni..


Bila aku alih dia kat tempat lain, dia tetap lari tido kat pasu bunga tu..aduh..padahal panas tido kat situ tu...ape2 lah belang,janji ko sihat..

Condition belang sekarang: kurus, xnk mkn, minum kene paksa, makan kene paksa, bdn tetap rasa panas, telinga makin sembuh.

Tuesday, March 8, 2011

Part 4: Belang dah mula sembuh

Alhamdulillah...Syuukur..

Belang dah mula nampak perubahan yang positive..Dia dah boleh duduk lepak kat hall ni and mintak kuar rumah lagi..maybe dia nk ambik angin luar pulak kot..Panggil nama dia pun dia dah boleh menyahut dengan lantang sekali..siap dtg dekat aku lagi.tapi dia tetap nk keluar umah!.tapi aku tak benarkan dia keluar umah..dia blm sihat sepenuhnyer..risau kalo ape2 jd kat dia..kalo depan mata kita, kita taulah apa yang terjadi...sabar yer sayang..

Sekarang belang dh mencari port tido kat toilet pulak.tak pelah belang,asalkan ko selesa.Demam panas dia aku rase macam dah kebah siket,sebab aku pegang dia pun dah tak sepanas sebelum ni. alhamdulillah..atleast suhu badan dia turun aku dah lega siket..telinga dia yang sakit tu pun aku rase mcm dh beransur sihat.sebab aku pegang telinga dia n servis, dia bag good respon jer..kira dh sehat lah tu kan?

Aku letakkan semangkuk air sejuk untuk belang minum.alhamdulillah,dia minum.haus agaknyer kan?atleast dia dapat basahkan tekak dia.dapat sejuk kan perut dia..cuma makan jer belum lagi buat masa skrg ni.tak pelah maybe esok or lusa ada lah dia selera mkn dia tu...

Bila tgk belang berjalan ngn lari dengan bertenaga sekali aku gembira sangat..xderla aku terfikirkan dia setiap masa...risau sgt2...

xperla, tgklah perkembangan esok pulak macam mane.manelah tau.beransur sihat...


Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah belang ni..

Sunday, March 6, 2011

Part 3: Belang dan Ubat

Memang masih topic yg sama...aku nk berkongsi lagi cerita aku..

Ubat dan Manusia?Sama juga ubat dan haiwan. masing2 memerlukan ubat untuk membantu melawan penyakit yang dialami.

Doctor bagi belang ubat titis telinga, antibiotik dan ubt bengkak(aku tak sure nape doctor kasi ubat ni). Mmg sangat susah bila nak kasi belang mkn ubat.lebih-lebih lagi ubat berbentuk pil or kapsul.boleh plak dia muntahkan balik.aduhai..layan dia mkn ubat jer dah sejam lebih.

Doctor jugak sarankan belang makan dan minum berlebihan.untuk menggalakkan pembuangan air kecil dan besar bagi membantu proses penyembuhan.(nak kasi virus tu kuar melalui air kencing). Doctor jugak suruh aku beli glucose untuk memberi tenaga pada belang.so aku pun beli lah..untuk kucing aku, ape saje je boleh (aku pun tak minum benda ni)..

Silapnye pada aku jugak.melengahkan vaksin pada binatang peliharaan.Bukan tak nak buat, tp time nk buat,belang plak tak sehat..so sesape yang ade kucing, sila lah hantar pergi vaksin.memang terbaik untuk anda...sekarang nk menyesal pun tak da gunanya...

Encik Tunang sarankan untuk hantar ke 1 tempat ni.di Cheras Selatan.Brother ni bukak Petshop. dan dia jugak ade bela byk giler kucing. Brother ni penah citer yg dia pernah handle case kucing kene virus ni. kucing tu dh nk mati pun tapi entah macam mane abg ni ikhitar akhirnya kucing tu sihat kembali.
Aku ingat nk hantar jugak la kat brother ni.mane lah tau kalo belang masih lagi ade peluang untuk teruskan kehidupannya di bumi ini.

Nanti aku update lagi status kesihatan Belang ok!

Doakan belang selamat dan sihat hendaknya...belang segalanya bagi aku...


Part 2: Si Belang Sakit Lagi

Topic still sama,mengenai kucing kesayangan aku Belang..

Aku rasa mmg patut sharing untuk aku dan si Belang aku...

Baru ni aku ade cerita pasal Belang demam, baru-baru ni lagi aku bawak belang gi Vet's.Sebab ada sesuatu telah terjadi pada dia.Telinga belang bernanah..melimpah habis kat tmpt tido dia..mulanya aku tak perasan.seperti biase aku blk keje aku cium dia.tapi bau busuk pulak kali ni..memang busik giler la..sekali aku angkat dia rupanya telinga dia bernanah..Then,aku terus bersihkan telinga dia yang kotor tu.

Keesokkan harinya aku bawak gi Vet's lagi..Doctor sah kan dia terkena virus.

Tanda-tanda dia sebegitu :

1. Kemurungan
2. Kelihatan pasif
3. Suka menyendiri
4. Mendiamkan diri ditempat yang sejuk spt bilik air, lantai bersimen, ruang tersorok dll.
5. Duduk dan melipatkan tangan kearah dada dan menegakkan kepala dengan mata yang tertutup.
6. Kencing yang berwarna kekuningan lebih dari kencing yang biasa...juga najis yang cair dan berbau..
7. Sememangnya kelihatan sakit. ( Keadaan yang lain dari hari2 biasa yang anda kenali terhadap kucing peliharaan anda )

OMG! aku try google, ia boleh menyebabkan kematian! aku tak sanggup kehilangan belang. mau aku nangis teresak-esak...saat ketika ni aku telah menitiskan air mata ku..tak dapat nak berselindung jika ketiadaan belang...