Jom Klik!

Easy to View You Page..Please drop your link..

Friday, February 25, 2011

"Mata Cantik Giveaway"


Berminat utk join contest ni?sila click DSINI

nak Tag;


Memiliki Blackberry Bold 9780 (Bold 3)


Kenapa aku letak tajuk ini??

Sebab
Angan2 aku nk pakai bb ni.maklumlah, kengkawan byk yg dh berubah angin pakai BB..so cara nk
berchatting dengan diaorg ni, diaorg senang utk BBM nanti...

Time lunch tadi aku gi la digi center..buat-buat tanya la pasal pakej blackbbery ni.

Then, aku pun setuju lah untuk sign up guna digi..

mula-mula aku suruh lah check nama aku dulu mane lah tau kot-kot nama aku ade blacklist kat telco ker?
sebab aku ade sejarah kat maxis..haahhaha.

Tapi nasib baik Clean & Clear..hehehe

Lepas tu, aku mintak balik IC aku dan cancel for sign up tu...

sebab aku tetiba rasa macam xpatut pakai..

dari aku membuang duit RM15** utk BB, baik aku beli barang hantaran untuk aku kahwin kan?Lagipun aku pun beli ape lagi nih.

Tak pe lah.mungkin kali ini bukan rezeki aku utk memiliki BB ni...huhuhu..frust pun ada sebenarnye..

Mungkin ada hikmah kot kan?mane lah tau,kalo aku pakai ni, aku tak de duit dah lepas tu...kan?

Kepada kawan-kawan seperjuangan ku..this is not my time to have BB..maybe next time, mane tau kalo ade rezeki yang melimpah ruah kan?

So, aku masih menyayangi my Vivaz...masih baru dalam 4 bulan..suci lagi...hahaha ..so masih panjang untuk membelainya.



Adakah ini keputusan yang betul aku buat?

YES! OF COURSE MY DEAR...(jwp en tunang..heheehe)


Thursday, February 24, 2011

Salah ke aku?


Mood sekarang tengah beremosi siket..
Aduh bengang pun ade rase nk marah pun ada
Sekarang dh x blh blogging kat ofis dah
Sebab company aku dah block link http://azlinaazhar.blogspot.com/ ni.
argh bukannye selalu pun aku mengadap jer blog aku ni
kadang-kadang jer pun itu pun bile aku rase dah kusut sgt kepala aku nk pk pasal keje..
rasa nak memberontak pun ada
sebab
orang lain selalu bukak website mudah tu boleh la pulak
boleh ker macam tu?
ni aku yg jarang-jarang nk mentelaah kat blog aku pulak jd mangsa
rase nak bwk broadband pulak gi ofis
dah sekarang aku dh jadi katak bawah meja
sebab semua website yg aku selalu bukak mmg dh kene block!
kiranya aku ni dah macam punca utama lah
kalo aku bukak meninggalkan kesan yang banyak
macam lah aku keje kilang
nk kene buat keje tanpa henti
boleh ker macam tu?
argh lantak lah
yang penting aku akan cari alternatif lain
supaya orang berkenaan akan panas dengan aku
hahahahahahahaha (gelak macam syaitan)

sekian ,
dengan ingatan tulus ikhlas
dari aku yang agak berani
meluahkan kata
dari hati yang ikhlas..


da!!!!



 

Tuesday, February 22, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Contest lagi!!!!


Nak try joinlah..mane lah tau kalo menang...hehehe




Syarat-Syarat:

1.okay macam biasa korang kena jadi follower blog ni
2.letakkan banner contest ni kat sidebar sepanjang contest berjalan & link kan ke blog ni
3.buat entry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yang korang nak kalau korang menang rm100? ?*ayat yang simple je tau!*

kalo saya menang rm100 saya nak belanja photographer yang tangkap gambar saya ni makan puas-puas!kalo dia mkn lebih seratus dia kena bayar sendiri..hehehe

aku pertaruhkan gambar ni...sebab ramai yg suka tgk gambar aku yang ni..manelah tau rezeki orang nk kawen..hehehe


Tag rakan2 yang lain:
5.tarikh tutup penyertaan : 1 mac 2011


  1. ahciksue
  2. azzeyatin
  3. lolaieta
  4. Neesa
  5. Sue

Tips Elak Pergaduhan

Gambar Hiasan
Ha, mesti korang tertarikkan dengan tips aku nak share ni.. Aku ni memang suka buat research. Untuk kehidupan sehari hari..Tapi ni mmg tips terbaik lah kalo yg selalu gaduh laki bini, girlfren boyfren or kawan-kawan...

So ni lah tips yang nk di sharing...

Kawal Emosi Anda
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.


Jangan Cari Pasal
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Jujur dan Saling percaya-mempercayai
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

Berterus-terang
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.
Bersikap Terbuka
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.

Jangan Ungkit Perkara Lalu
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan Bandingkan Dia
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

Buang Sikap EgoSetiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

Jangan Sikap Mengongkong Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!

Setia
Ini juga untuk mereka yang sedang bercinta. Jangan sesekali berlaku curang terhadap temanmu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Jika tidak sudah tentu kamu akan bertukar ganti pasangan bagaikan menukar baju. Jangan sampai diri kamu dianggap ‘murahan’ dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat.
Thanks blog.mixterr.com

Adakah Dia Jodoh Kita?

Gambar Hiasan


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya.Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh(soulmate) kita atau bukan?


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki
usia hubungan yang panjang adalah dengan
adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu
dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu
dapat melalui segala aspek kehidupan secara
bersama-sama. Dan semuanya terasa amat
menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan
orang lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada
harapan bahawa dia adalah calon pendamping
hidup kamu!



Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau
tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan
adalah kemampuannya bersikap bersahaja di
depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah
gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya
mengesankan apa adanya? Apakah setiap
ucapannya selalu tampak spontan dan tidak
dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar
dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua
dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia
dapat saling membaca fikiran dan menduga
reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada
situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah
destini kebahagian kamu...


 


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan
tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu
dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua
kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun.
Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam
hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah
dia orang pertama yang datang memberi bantuan
tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu
faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi.
Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga
kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat
bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau
begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima
kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan
kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia.
Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun
tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama
dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya
kepada kamu tentang kelemahan dan
kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya
disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di
tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat
kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak
dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya,
maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan
sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya







Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


 
Ada segmen yang aku rase aku boleh join ni..mane lah tau kalo blog page aku ni ditempel kat page abg ben ashaari ni...dan tersenarai kat segmen-saya-seorang-blogger-yang-aktif.mesti best! orang len boleh tgk blog aku jugak!

senang jer..tak de syarat nk kene tag sane tag sini...gi la link ni...segmen-saya-seorang-blogger-yang-aktif

Friday, February 18, 2011

Love Bite!




jeng jeng jeng.....

Mesti korang suka dengan tajuk ni kan..suka tu suka jugak,tapi sila baca kat bawah ni...
Kadang-kadang aku tgk especially laki orang lah sebbab dia tak pakai tudung kan so boleh nampak la lebam lebam kat leher tu..aduh x segan ke ko?? yg ade tu siap tampal plaster lagi..ko ingt orang tak tau ke ade ape kat leher tu... 
sekarang 'love bite' bukan saja sesuatu yang menyeronokkan tapi juga boleh bawa maut!!
argh!! tidak!!!

Kepada yang suka buat ni sila lah baca...

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.


Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.
Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.




What's better than a more jam-packed with great Milo taste you know and love? Well, Apple prizes like Macbook or iPhone of course. Click for more info! #MiloFuzeJamPack

What's better than a more jam-packed with great Milo taste you know and love? Well, Apple prizes like Macbook or iPhone of course. Click for more info! #MiloFuzeJamPack




CONTEST KUCING PALING COMEL





Uolls,

1st time aku nk masuk contest ni..ni yang senang-senang jer la...lagi pun 1st trial....mane tau rezeki menang (kalau la menang..kalo x?nganga la ina oi...)


SYARAT DAN PERATURAN

1. Letakkan gambar di atas di dalam blog anda bertajuk CONTEST KUCING PALING COMEL, kemudian link kan ke apisv3.blogspot.com - done (first time ni join contest)
2. Seterusnya letakkan gambar kucing anda atau kucing jiran anda atau kucing di kedai pakmat mahupun     kedai rostam tukang jait. - done (collection sendiri)
3. Tinggalkan link contest anda di dalam komen di bawah - done
4. Macam biasa, setiap peserta kena follow blog apisv3.blogspot.com ;) - done
5. Akhir sekali, tag kan 3 orang member blog anda yang anda rasa diorang berminat untuk join. - done


Kepada En Apis, saya nak masuk contest kamu...Sekarang saya dah ikut syarat yg ditetapkan...Ni lah kucing kesayangan saya yang nk pertaruhkan..nama dia cik BELANG...



Masa ni belang baru lepas spay..tu yang kene letak collar tu..

 Saya mau tag:

  1. ahciksue
  2. azzeyatin
  3. lolaieta
Selamat Mencuba korang bertiga jugak!!!




Tuesday, February 15, 2011

Lunch di Ofis Sempena Kerja Pada Cuti Maulidur Rasul

Aku di ofis dikala orang sibuk berseronok bercuti..Ni ha, aku nak tunjuk..Lunch tadi masing masing bawak bekal...pastu mkn ramai-ramai..ramai ape nyer, aku ngan azira jer yang makan.yg lain dah lunch kat luar..ni lah menu kiteorang..Menu orang bujang la katakan...
menu for today: kangkung goreng belacan, tomyam campur, telur dadar & ayam goreng!

Maulidur Rasul


Hari ini bersamaan 15 Februari 2011 (12 Rabiul Awal 1432), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.
Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger.Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

p/s:orang lain bercuti, saya bekerja....huhuhu..sob!sob!sob!

Monday, February 14, 2011

Karnival WOW Putrajaya


Tarikh: 11hb hingga 13hb Feb 2011

Tapi, aku gi hari Sabtu .Pada mulanya mmg xplan langsung nak gi pun...sbb dah terlanjur ke sana..ape lagi, terus la menapak ke karnival tu...Macam macam ada kat situ...booth byk sgt sampai aku sendiri tak termasuk...maklumlah  masuk yang rase berminat jer..




Time datang tu xde la hujan..jgn disangkakan panas hingga ke petang...tapi hujan jugak petang tu..renyai renyai aje..lalu ku keluarkan senjata pelangi aku lah ape lagi..


sempat lagi posing..hehehe
 Bila dah tak de keje tu,camera pulak kat tangan..ni lah hasil nyer selepas di edit..hehehe







Friday, February 11, 2011

Rahsia Tarikh Lahir

Korang,

RAHSIA TARIKH LAHIR..
MACAM BEST TAK?


Just Sharing ape yang aku dapat hari ni..hehehe.."Rahsia Tarikh Lahir"
Tetiba hari ni terfikir nak google rahsia tarikh lahir...so boleh lah link kat rahsia tarikh lahir.com..
Kat website ni nanti korang kena lah isi kan detail korang seperti nama,tarikh lahir, ketinggian, berat, jantina dan email. Lepas tu click "HANTAR".

Aku dah buat so ni lah result aku nyer..hehehe



Noor Azlina ,
Anda sememangnya HEBAT dan berhak menjadi HEBAT. Apa yang anda hanya perlu lakukan ialah kenali diri anda, gilap dan serlahkan potensi yang telah anda kenalpasti serta perbaiki perkara-perkara negatif yang terdapat di dalam diri anda
Bersama dengan ilmu serta tunjuk ajar daripada mereka yang telah berjaya, buat plan-tindakan dan bersungguh-sungguhlah melaksanakan plan-tindakan anda itu. InsyaAllah, berkat usaha anda yang berterusan yang tidak mengenali istilah putus asa serta doa yang tidak putus-putus kepadaNYA, anda akan berjaya memperolehi apa yang anda angani dan citakan.


·         "No matter how bad it is and how bad it gets, you're going to make it."
·         "Winners never quit, quitters never win."

Nombor Peribadi: 5
Elemen: Tanah
Ciri Utama: Mencari
Sinopsis: Disukai kerana karisma kepimpinan, namun degil
Tafsiran Umu Peribadi: Pemimpin, kerja keras, berpangkat tinggi, degil
Warna Yang Sesuai : Coklat, beige dan kuning.
Status Body Mass Index (BMI) : 21=>Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Masalah Kesihatan Berkaitan : Pencernaan (kesakitan atau senak perut), ketidakhadaman, sembelit, anemia (kurang darah), buasir, sakit sendi, sengal tulang (arthritis
Tafsiran Umum Peribadi: pemimpin, kerja keras, berpangkat tinggi, degil











 


 


 


Thursday, February 10, 2011

Checklist Persiapan Perkahwinan

Memandangkan aku ni dah nak kawen...masih tak tau ape yang nk buat..ape yang nak beli dulu..ape yang nak kene prepare dulu..blur la..kadang kadang tu aku bertanyakan pada diri sendiri.."Aku ni nak kawen ke x nak ni??" . Semua orang nak menjalani alam perkahwinan...tapi persediaan tu masih terumbang ambing lagi...

Sambil berblogwalking aku terlihat pada satu blog ni..maybe dari artikel dia boleh guide aku untuk menjadi lebih bersedia lagi..

Checklist Permohonan Nikah (kalau tak buat ni memang tak kahwinlah jawabnya)
- kena hadiri kursus pra-perkahwinan
- kena buat ujian HIV (bergantung pada Jabatan Agama Islam Daerah tapi rasanya semua tempat dah wajibkan)
- kalau yang lelaki pastikan ada surat akuan bujang ye
- dapatkan borang permohonan nikah dari Jabatan Agama Islam Daerah yang kita jadi pemastautin dan lengkapkan borang dan sertakan dokumen sampingan yang diperlukan. bagi lelaki, kalau dah dapat kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah boleh serahkan surat kebenaran tu pada pihak perempuan.
- pihak perempuan pon kena isi borang yang sama dan kepilkan surat kebenaran kahwin dari pihak lelaki dan dokumen sokongan yang lain.
- pastikan anda telah tempah tempat dan jurunikah untuk majlis kahwin anda.

Checklist Barang Hantaran- senaraikan barang hantaran yang nak dibeli dan jangan beli sekali jalan. takut nanti pengsan pulak bila tgk bil. kalau boleh beli sikit-sikit especially bila ada sale.
- pastikan barang-barang penting macam cincin tunang, cincin kahwin, wang hantaran, wang mas kahwin disediakan.

Checklist Resepsi Perkahwinan
- pastikan andam pengantin dah ditempah. baju untuk nikah dan majlis resepsi biasanya boleh disewa dari mak andam. tak payah bazir duit untuk beli baru. nanti pakainya sekali je. pelamin pon biasanya boleh diambil dari mak andam je. bagusnya kalau amik dari satu tempat senang nak bincang. kalau amik lain2 tempat nanti takut akan ada masalah coordination. nanti ada yg dapat salah info, boleh rosak majlis. boleh bincang sekali untuk masukkan fresh flower kalau perlu.
- pastikan anda dah decide nak buat majlis resepsi perkahwinan di mana samada kat rumah, dewan, hotel atau pon taman. bila dah decide, pastikan anda dah book venue tersebut.
- book katerer kalau anda nak buat resepsi di rumah atau dewan yang tidak menyediakan katerer. kena bincang betul-betul menu dan harga pakej yang nak dipilih. pastikan set makanan beradap tak dilupakan. biasanya kalau katerer ni, boleh sediakan sekali khemah/kanopi dan decoration untuk khemah serta hiasan meja makan pengantin.
- hiasan bilik tidur pengantin
- book fotografer dan videografer untuk perkahwinan. kalau boleh amik yg dah experience sebab kalau silap amik and gambar tak cantik, takkan nak buat majlis lagi sekali kan….hehe. sekarang ni banyak fotografer dah sediakan custom made album. kalau boleh amik fotografer yg ada pakej tu lah sbb gambar nampak kemas dan cantik.
- kad jemputan / undangan kahwin beserta dengan pelan ke tempat majlis resepsi
- book kompang untuk resepsi kahwin. kalau xde kompang nanti nampak pelik pulak.
- book mc atau karaoke supaya majlis nanti tak boring.
- door gift untuk tetamu dan VIP
- bunga telur
- bunga manggar
- sediakan kos penginapan dan pengangkutan rombongan sekiranya perlu
- tempat penginapan untuk pihak yang bertandang sekiranya perlu
- kek kahwin
- sediakan papan tanda yang mencukupi untuk memberi panduan kepada tetamu untuk sampai ke tempat majlis resepsi.
- pastikan tempat honeymoon anda pon dah dibook serta flight kalau perlu. kalau tak nak pening kepala amik pakej dari travel agent. pergi rileks je tak payah nak fikir apa-apa. lagi pon tujuan honeymoon ni nak bercuti bersama pasangan tercinta kan.
Yang paling penting sekali pastikan anda sediakan budget untuk setiap checklist di atas. kalau tak buat budget, takut nanti kita akan terlebih belanja. pastikan berbelanja mengikut kemampuan anda dan jangan sampai berhutang. majlis resepsi tu cuma sehari je, yang penting kehidupan selepas majlis resepsi perkahwinan tu. banyak nak pakai duit tau kalau hidup kat bandar.


** So lepas ni aku lebih bersedia untuk prepare semua ni...


10 Makanan anti Kolestrol

Korang pernah check kolestrol?? Ha jangan takut2 yer.. pergilah buat pemeriksaan segera. sekarang ramai benor yang mati mengejut sebab Serangan Jantung... Kadang2 jangan ingat orang kurus itu rendah kolestrol!!!
Kat sini aku nak kongsi Tips Makanan2 yang boleh membantu menurunkan Kolestrol...

1. Kuaci
-Kaya Kandungan Zat besi.Zat besi boleh turunkan kadar Kolestrol LDL(Jahat). Kuaci jenis tawar seperti biji labu dan bunga matahari mempunyai kadar Zat Besi yang lebih tinggi.
Bukan susahkan nak makan kuaci.. hari2 pun boleh..

2. Epal- Memakan sebiji Epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol. Ia menstabilkan kandungan zat & mencegah lemak dalam badan.
 epal hijau lagi bagus...

3.
Oat-Serat mudah larut didalam Oat boleh mengurangkan risiko sakit jantung.
Yang nie aku tak suka... tak tau kenapa susah nak tolak masuk ikut tekak!!

4.Soya- Mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Mampu menghindarkan penyakit Jantung & diabetis. Kaya dengan Kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak dan menyusutkan kadar lemak LDL dan meningkatkan kadar lemak HDL (Baik)
Aku amalkan makan tauhu goreng menggantikan nasi waktu malam sewaktu diet... hasilnya kolestrol aku back tu normal dalam 1 bulan & bagus untuk pembentukan Muscle menggantikan putih telur bagi yanng main GYM. Badan aku makin Kurus tapi berat mantain...

5.Kacang
Tanah - Kacang yang dipanggang kaya dengan lemak HDL dan Vitamin E.
goreng pun sodap...

6.
Jambu Batu - Mampu menurunkan kolestrol sebanyak 18.8%. Disyor mengambil 400g jambu batu sehari. Bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengetepikan diet seimbang.
Vitamin C didalam 100g Jambu batu sama dengan 2.5 bili Lemon.
Aku mmg faberet nie.. bila keluar opis selalu singgah tepi jalan beli jambu. " dik bagi 2 ringgit, isi dalam Cup yer.." ini ayat wajib aku...

7.Buah
Kering-Banyak jenis buah keribng, tetapi limau dipercayai mengandungi lebih banyak Flavanoid yang mampu menyingkirkan lebihan lemak jahat.
Ini mmg feberet dak2 fompuan nie...

8.Kiwi-Mengandungi banyak Vitamin C yang mencegah lemak Jahat.

Setiap kali nak makan buah nie mesti aku teringat Kiwi kasut yang hitam tu... phuiiii

9.Kismis-Membantu menurunkan 8% kolestrol dalam darah.Pada  yang inginmn menurunkan berat badan, makan 400g sehari.
Kalu kismis jangan
kan 400 g sehari.. 4 kilo pun boleh.. tapi tak tahan manis & Mahal jer...

10.Ikan
Tuna-Mengandungi sumber asid lemak Omega 3 yang khususmelindungi Tubuhdari lemak LDL.
Ikan Keli punsama, Aku pantang nampak Ikan keli masak Lomak Cili Api or ikan keli Sambal...