Jom Klik!

Easy to View You Page..Please drop your link..

Monday, March 23, 2015

SUAMI KU MENUNAIKAN UMRAH



Kurang 24 jam je lagi suamiku akan menunaikan Umrah.

Ya Allah, semoga suamiku diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusannya di sana dan moga mendapat umrah yang mabrur. Insyaallah ada rezeki kita dapat pergi bersama-sama.
Aku tak dapat pergi sebab sedang sarat mengandung. Sekarang dah pun pregnant 31 minggu. Travel agensi pun dah tak galakkan ibu mengandung macam aku ni pergi sebab takut ada apa-apa yang akan berlaku kelak.

Aku redha.. insyaallah satu hari nanti aku akan jejakkan ke tanah suci.

For information, suamiku akan bertolak pada 24/3/2015 ( 3ptg) dan akan sampai ke Malaysia pada 4/4/2015 (12H/10M) Dia pergi dengan Andalusia Travel & Tours . Ambil pakej Umrah Penerbangan Saudi Airlines 2015 
Dia pergi sekeluarga berlima dengan mama, adik ,atok & aki. Sedih la aku tak dapat pergi. Tapi aku akan cuba untuk menahan air mata aku nanti kat airport nanti..

Semoga semuanya dipermudahkan... Amin...






Tuesday, March 17, 2015

AMALAN RAHSIA UNTUK BERSALIN MUDAH




Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya suami isteri membaca surah-surah di dalam
Al-Quran untuk dijadikan amalan harian kerana fadhilatnya begitu banyak sekali.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

❀ Surah Yusuf - untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
❀ Surah Luqman - untuk memohon anak yang cerdik.
❀ Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin.
❀ Surah Yasin - untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
❀ Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu.
❀ Surah al-Imran ayat 38 - untuk memohon anak yang baik.
❀ Surah al-Imran ayat 8-9 - untuk memohon rahmat.
❀ Surah Ibrahim ayat 40 - untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
❀ Surah al-Baqarah ayat 128 - untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
❀ Surah Yassin ayat 22-23 - untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
❀ Surah as-Sajdah ayat 7-9 - untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
❀ Surah al-Furqan ayat 74 - untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.








Pregnant : 40 weeks

Alhamdulillah,

Dah hamil minggu ke 40 dah. Syukur sangat..
Aku dah rasa pergerakkan baby yang sangat luar biasa.Aktif yang bukan main. Kalau baring tu berombak-ombak perut aku. Alhamdulillah aku rasakan baby aku ni sangat seronok bermain dalam perut mummy dia ni.

Tapi tu la, pergerakkan aku dah mula terbatas. Jalan pun dah tak boleh nak laju-laju sangat sbb baby dah kerap mengeras. Tido pun dah berpusing-pusing.Ke kanan salah ke kiri pun salah.. so tido je la macam mana pun. Dah mula kerap terjaga malam. Kaki pun dh kerap krem bile tido dan kebas . Rasa bersyukur dapat merasa menjadi seorang ibu mengandung.

Sentiasa mengoogle artikal ibu hamil ni...sbb nak tau feel ibu mengandung tu macam mana kan...





Monday, March 9, 2015

Kembali Semula

Assalamualaikum semua..

Lama betul la saya tak update kat blog ni. Haih, bertahun gak la..byk btul nak citer yg.
Ok kita summary citer je la eh.

1. Saya dah jadi isteri seorang lelaki pujaan hatiku - 25/5/2012
2. Sah jadi ibu - 19/10/2014
3. Wujudnya Azoora Sophia Collections - 2014

Tarikh tu je saya blh bgtau..nanti kita cerita lagi ok ;)

Lots of love,