Jom Klik!

Easy to View You Page..Please drop your link..

Thursday, February 10, 2011

Checklist Persiapan Perkahwinan

Memandangkan aku ni dah nak kawen...masih tak tau ape yang nk buat..ape yang nak beli dulu..ape yang nak kene prepare dulu..blur la..kadang kadang tu aku bertanyakan pada diri sendiri.."Aku ni nak kawen ke x nak ni??" . Semua orang nak menjalani alam perkahwinan...tapi persediaan tu masih terumbang ambing lagi...

Sambil berblogwalking aku terlihat pada satu blog ni..maybe dari artikel dia boleh guide aku untuk menjadi lebih bersedia lagi..

Checklist Permohonan Nikah (kalau tak buat ni memang tak kahwinlah jawabnya)
- kena hadiri kursus pra-perkahwinan
- kena buat ujian HIV (bergantung pada Jabatan Agama Islam Daerah tapi rasanya semua tempat dah wajibkan)
- kalau yang lelaki pastikan ada surat akuan bujang ye
- dapatkan borang permohonan nikah dari Jabatan Agama Islam Daerah yang kita jadi pemastautin dan lengkapkan borang dan sertakan dokumen sampingan yang diperlukan. bagi lelaki, kalau dah dapat kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah boleh serahkan surat kebenaran tu pada pihak perempuan.
- pihak perempuan pon kena isi borang yang sama dan kepilkan surat kebenaran kahwin dari pihak lelaki dan dokumen sokongan yang lain.
- pastikan anda telah tempah tempat dan jurunikah untuk majlis kahwin anda.

Checklist Barang Hantaran- senaraikan barang hantaran yang nak dibeli dan jangan beli sekali jalan. takut nanti pengsan pulak bila tgk bil. kalau boleh beli sikit-sikit especially bila ada sale.
- pastikan barang-barang penting macam cincin tunang, cincin kahwin, wang hantaran, wang mas kahwin disediakan.

Checklist Resepsi Perkahwinan
- pastikan andam pengantin dah ditempah. baju untuk nikah dan majlis resepsi biasanya boleh disewa dari mak andam. tak payah bazir duit untuk beli baru. nanti pakainya sekali je. pelamin pon biasanya boleh diambil dari mak andam je. bagusnya kalau amik dari satu tempat senang nak bincang. kalau amik lain2 tempat nanti takut akan ada masalah coordination. nanti ada yg dapat salah info, boleh rosak majlis. boleh bincang sekali untuk masukkan fresh flower kalau perlu.
- pastikan anda dah decide nak buat majlis resepsi perkahwinan di mana samada kat rumah, dewan, hotel atau pon taman. bila dah decide, pastikan anda dah book venue tersebut.
- book katerer kalau anda nak buat resepsi di rumah atau dewan yang tidak menyediakan katerer. kena bincang betul-betul menu dan harga pakej yang nak dipilih. pastikan set makanan beradap tak dilupakan. biasanya kalau katerer ni, boleh sediakan sekali khemah/kanopi dan decoration untuk khemah serta hiasan meja makan pengantin.
- hiasan bilik tidur pengantin
- book fotografer dan videografer untuk perkahwinan. kalau boleh amik yg dah experience sebab kalau silap amik and gambar tak cantik, takkan nak buat majlis lagi sekali kan….hehe. sekarang ni banyak fotografer dah sediakan custom made album. kalau boleh amik fotografer yg ada pakej tu lah sbb gambar nampak kemas dan cantik.
- kad jemputan / undangan kahwin beserta dengan pelan ke tempat majlis resepsi
- book kompang untuk resepsi kahwin. kalau xde kompang nanti nampak pelik pulak.
- book mc atau karaoke supaya majlis nanti tak boring.
- door gift untuk tetamu dan VIP
- bunga telur
- bunga manggar
- sediakan kos penginapan dan pengangkutan rombongan sekiranya perlu
- tempat penginapan untuk pihak yang bertandang sekiranya perlu
- kek kahwin
- sediakan papan tanda yang mencukupi untuk memberi panduan kepada tetamu untuk sampai ke tempat majlis resepsi.
- pastikan tempat honeymoon anda pon dah dibook serta flight kalau perlu. kalau tak nak pening kepala amik pakej dari travel agent. pergi rileks je tak payah nak fikir apa-apa. lagi pon tujuan honeymoon ni nak bercuti bersama pasangan tercinta kan.
Yang paling penting sekali pastikan anda sediakan budget untuk setiap checklist di atas. kalau tak buat budget, takut nanti kita akan terlebih belanja. pastikan berbelanja mengikut kemampuan anda dan jangan sampai berhutang. majlis resepsi tu cuma sehari je, yang penting kehidupan selepas majlis resepsi perkahwinan tu. banyak nak pakai duit tau kalau hidup kat bandar.


** So lepas ni aku lebih bersedia untuk prepare semua ni...


2 comments: