Jom Klik!

Easy to View You Page..Please drop your link..

Tuesday, March 17, 2015

AMALAN RAHSIA UNTUK BERSALIN MUDAH




Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya suami isteri membaca surah-surah di dalam
Al-Quran untuk dijadikan amalan harian kerana fadhilatnya begitu banyak sekali.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

❀ Surah Yusuf - untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
❀ Surah Luqman - untuk memohon anak yang cerdik.
❀ Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin.
❀ Surah Yasin - untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
❀ Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu.
❀ Surah al-Imran ayat 38 - untuk memohon anak yang baik.
❀ Surah al-Imran ayat 8-9 - untuk memohon rahmat.
❀ Surah Ibrahim ayat 40 - untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
❀ Surah al-Baqarah ayat 128 - untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
❀ Surah Yassin ayat 22-23 - untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
❀ Surah as-Sajdah ayat 7-9 - untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
❀ Surah al-Furqan ayat 74 - untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.








1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Bersalin Dengan Lebih Mudah. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

    ReplyDelete