Jom Klik!

Easy to View You Page..Please drop your link..

Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


 
Ada segmen yang aku rase aku boleh join ni..mane lah tau kalo blog page aku ni ditempel kat page abg ben ashaari ni...dan tersenarai kat segmen-saya-seorang-blogger-yang-aktif.mesti best! orang len boleh tgk blog aku jugak!

senang jer..tak de syarat nk kene tag sane tag sini...gi la link ni...segmen-saya-seorang-blogger-yang-aktif

Friday, February 18, 2011

Love Bite!




jeng jeng jeng.....

Mesti korang suka dengan tajuk ni kan..suka tu suka jugak,tapi sila baca kat bawah ni...
Kadang-kadang aku tgk especially laki orang lah sebbab dia tak pakai tudung kan so boleh nampak la lebam lebam kat leher tu..aduh x segan ke ko?? yg ade tu siap tampal plaster lagi..ko ingt orang tak tau ke ade ape kat leher tu... 
sekarang 'love bite' bukan saja sesuatu yang menyeronokkan tapi juga boleh bawa maut!!
argh!! tidak!!!

Kepada yang suka buat ni sila lah baca...

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.


Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.
Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.




What's better than a more jam-packed with great Milo taste you know and love? Well, Apple prizes like Macbook or iPhone of course. Click for more info! #MiloFuzeJamPack

What's better than a more jam-packed with great Milo taste you know and love? Well, Apple prizes like Macbook or iPhone of course. Click for more info! #MiloFuzeJamPack




CONTEST KUCING PALING COMEL





Uolls,

1st time aku nk masuk contest ni..ni yang senang-senang jer la...lagi pun 1st trial....mane tau rezeki menang (kalau la menang..kalo x?nganga la ina oi...)


SYARAT DAN PERATURAN

1. Letakkan gambar di atas di dalam blog anda bertajuk CONTEST KUCING PALING COMEL, kemudian link kan ke apisv3.blogspot.com - done (first time ni join contest)
2. Seterusnya letakkan gambar kucing anda atau kucing jiran anda atau kucing di kedai pakmat mahupun     kedai rostam tukang jait. - done (collection sendiri)
3. Tinggalkan link contest anda di dalam komen di bawah - done
4. Macam biasa, setiap peserta kena follow blog apisv3.blogspot.com ;) - done
5. Akhir sekali, tag kan 3 orang member blog anda yang anda rasa diorang berminat untuk join. - done


Kepada En Apis, saya nak masuk contest kamu...Sekarang saya dah ikut syarat yg ditetapkan...Ni lah kucing kesayangan saya yang nk pertaruhkan..nama dia cik BELANG...



Masa ni belang baru lepas spay..tu yang kene letak collar tu..

 Saya mau tag:

  1. ahciksue
  2. azzeyatin
  3. lolaieta
Selamat Mencuba korang bertiga jugak!!!




Tuesday, February 15, 2011

Lunch di Ofis Sempena Kerja Pada Cuti Maulidur Rasul

Aku di ofis dikala orang sibuk berseronok bercuti..Ni ha, aku nak tunjuk..Lunch tadi masing masing bawak bekal...pastu mkn ramai-ramai..ramai ape nyer, aku ngan azira jer yang makan.yg lain dah lunch kat luar..ni lah menu kiteorang..Menu orang bujang la katakan...
menu for today: kangkung goreng belacan, tomyam campur, telur dadar & ayam goreng!

Maulidur Rasul


Hari ini bersamaan 15 Februari 2011 (12 Rabiul Awal 1432), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.
Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger.Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

p/s:orang lain bercuti, saya bekerja....huhuhu..sob!sob!sob!

Monday, February 14, 2011

Karnival WOW Putrajaya


Tarikh: 11hb hingga 13hb Feb 2011

Tapi, aku gi hari Sabtu .Pada mulanya mmg xplan langsung nak gi pun...sbb dah terlanjur ke sana..ape lagi, terus la menapak ke karnival tu...Macam macam ada kat situ...booth byk sgt sampai aku sendiri tak termasuk...maklumlah  masuk yang rase berminat jer..




Time datang tu xde la hujan..jgn disangkakan panas hingga ke petang...tapi hujan jugak petang tu..renyai renyai aje..lalu ku keluarkan senjata pelangi aku lah ape lagi..


sempat lagi posing..hehehe
 Bila dah tak de keje tu,camera pulak kat tangan..ni lah hasil nyer selepas di edit..hehehe