Jom Klik!

Easy to View You Page..Please drop your link..

Monday, February 22, 2021

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesihatan yang baik untuk menulis ni blog yang lama ditinggalkan ni. Sejak menjadi ibu kepada Maya & Aisy ni mmg banyak cabaran dan dugaan untuk membesarkan anak-anak ni. Mereka pun masing-masing dah pun berumur enam dan lima tahun.Alhamdulillah sihat semuanya.


Hari ni saja mommy Ina nak kongsi produk-produk Shaklee ni. Since Mommy Ina adalah pada mulanya pengguna Shaklee, lepas tu terus menjadi Independent Distributor Shaklee Malaysia. Insyaallah Mommy Ina nak share beberapa produk yang hot dipasaran Shaklee di Malaysia dan menjadi favourite customer Mommy Ina sendiri.


Firstly, kita kenalkan paling top sekali dalam banyak-banyak produk Shaklee is ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour. Fungsi utamanya ialah ia sentiasa memberikan tenaga memandangkan Mommy Ina juga makan gaji, tak de helper kat rumah dan menguruskan hal rumahtangga sampailah ke malam (hehehe). Yang utama sekali, ESP ni berasaskan protein tumbuhan yang berkualiti iaitu soya. Yang x suka minum susu macam Mommy ni mmg sesuailah minum. Tapi yang tak suka soya,dont worry...kita boleh mix kan soya ni jadi air sampai tak rasa soya tapi takdelah sampai hilang keistimewaan dan khasiat dia kan.



KEISTIMEWAAN SHAKLEE

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


KENAPA RAMAI SUKAKAN ESP INI?

1) ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
5) ESP juga membantu menghasIlkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit


CARA PALING MUDAH DAN SENANG NAK MINUM ESP 

Pada botol tulis 3 scop kan, kalo rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2...contohnya,

pagi bancuh 1 sudu besar,
tengahari 1 sudu besar
dan sebelum tidur 1 sudu besar lagi...
yang penting ESP ni MAKSIMUM 3 sudu besar sehari...
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal kita.

Next step; nak campur dengan ape lagi?

1 sudu bancuhan ESP + Milo / Chocolate 
1 sudu bancuhan ESP + Oren Sunquick
1 sudu bancuhan ESP + Air Dutch Lady perisa Strawberry
1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)
1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren
1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma 
1 sudu bancuhan ESP + Ribena 
1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1 
1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum 
1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend
1 sudu bancuhan ESP + Horlicks 
1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss
1 sudu bancuhan ESP + Mealshake/Performance Drink/Cinch Shake (all ni produk Shaklee)
1 sudu bancuhan ESP + Air suam (ni dah kalo mmg dah takde sgt dah air sedap kat umah tu) ingatt, jangan bancuh dengan air panas ok, bancuh dengan air suam/masak je. Kalau bancuh biasa akan dapatkan keaslian rasanya

Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (2x sehari )
Tapi kalau bulan puasa Mommy Ina suka minum 3 scop masa sahur. Alhamdulillah kenyang sampai berbuka puasa.

Tips ESP
  • Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
  • Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja boleh, tapi pastikan kacau sampai larut dan tidak berketul. 

PALING PENTING: JANGAN CAMPUR AIR PANAS DAN MINUMAN YANG ADA KAFIEN.

Harga Runcit ESP : RM 161.25

Untuk dapatkan harga promosi dari Mommy Ina boleh la hubungi terus Mommy ok 

Whatsapp: https://www.wasap.my/0192235632/sayanakshaklee COD : Wangsa Maju, Ampang, Hulu Langat & Cheras


Ok, itu jelah setakat ni..Nanti Mommy Ina citer lagi berkaitan produk Shaklee ni.

Assalamualaikum..


Monday, March 23, 2015

SUAMI KU MENUNAIKAN UMRAH



Kurang 24 jam je lagi suamiku akan menunaikan Umrah.

Ya Allah, semoga suamiku diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusannya di sana dan moga mendapat umrah yang mabrur. Insyaallah ada rezeki kita dapat pergi bersama-sama.
Aku tak dapat pergi sebab sedang sarat mengandung. Sekarang dah pun pregnant 31 minggu. Travel agensi pun dah tak galakkan ibu mengandung macam aku ni pergi sebab takut ada apa-apa yang akan berlaku kelak.

Aku redha.. insyaallah satu hari nanti aku akan jejakkan ke tanah suci.

For information, suamiku akan bertolak pada 24/3/2015 ( 3ptg) dan akan sampai ke Malaysia pada 4/4/2015 (12H/10M) Dia pergi dengan Andalusia Travel & Tours . Ambil pakej Umrah Penerbangan Saudi Airlines 2015 
Dia pergi sekeluarga berlima dengan mama, adik ,atok & aki. Sedih la aku tak dapat pergi. Tapi aku akan cuba untuk menahan air mata aku nanti kat airport nanti..

Semoga semuanya dipermudahkan... Amin...






Tuesday, March 17, 2015

AMALAN RAHSIA UNTUK BERSALIN MUDAH




Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya suami isteri membaca surah-surah di dalam
Al-Quran untuk dijadikan amalan harian kerana fadhilatnya begitu banyak sekali.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

❀ Surah Yusuf - untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
❀ Surah Luqman - untuk memohon anak yang cerdik.
❀ Surah Maryam - untuk memudahkan bersalin.
❀ Surah Yasin - untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
❀ Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu ibu.
❀ Surah al-Imran ayat 38 - untuk memohon anak yang baik.
❀ Surah al-Imran ayat 8-9 - untuk memohon rahmat.
❀ Surah Ibrahim ayat 40 - untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
❀ Surah al-Baqarah ayat 128 - untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
❀ Surah Yassin ayat 22-23 - untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
❀ Surah as-Sajdah ayat 7-9 - untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
❀ Surah al-Furqan ayat 74 - untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.








Pregnant : 40 weeks

Alhamdulillah,

Dah hamil minggu ke 40 dah. Syukur sangat..
Aku dah rasa pergerakkan baby yang sangat luar biasa.Aktif yang bukan main. Kalau baring tu berombak-ombak perut aku. Alhamdulillah aku rasakan baby aku ni sangat seronok bermain dalam perut mummy dia ni.

Tapi tu la, pergerakkan aku dah mula terbatas. Jalan pun dah tak boleh nak laju-laju sangat sbb baby dah kerap mengeras. Tido pun dah berpusing-pusing.Ke kanan salah ke kiri pun salah.. so tido je la macam mana pun. Dah mula kerap terjaga malam. Kaki pun dh kerap krem bile tido dan kebas . Rasa bersyukur dapat merasa menjadi seorang ibu mengandung.

Sentiasa mengoogle artikal ibu hamil ni...sbb nak tau feel ibu mengandung tu macam mana kan...





Monday, March 9, 2015

Kembali Semula

Assalamualaikum semua..

Lama betul la saya tak update kat blog ni. Haih, bertahun gak la..byk btul nak citer yg.
Ok kita summary citer je la eh.

1. Saya dah jadi isteri seorang lelaki pujaan hatiku - 25/5/2012
2. Sah jadi ibu - 19/10/2014
3. Wujudnya Azoora Sophia Collections - 2014

Tarikh tu je saya blh bgtau..nanti kita cerita lagi ok ;)

Lots of love,



Monday, May 13, 2013

Ikan bakar

Salam semua...

Kalau nak lunch ikan bakar...gi la medan selera au 2 jalan enggang, keramat....depan kilang ape ntah x sure..

Sedap dan byk pilihan lauk pauk yang lain...

Yang paling penting good services...

Tuesday, February 19, 2013