Jom Klik!

Easy to View You Page..Please drop your link..

Sunday, March 13, 2011

Perkembangan Semasa

Hai..

Lama nyer aku x mengupdate status ni..erm, bz memanjang..tak de masa nk melawat kat blog ni.Dulu time byk masa terluang ade gak la cerita yg nk di update nyer..

Pasal kucing kesayangan aku tu, si Belang..Minggu ni dh 3 minggu sakit.demam panas dan suhu masih tak turun lagi.Jumaat lepas bawak lagi ke Vet untuk check up.And Doctor ckp suhu masih sama 40 darjah celcius. So doktor decide untuk masuk air kat belang.

Sian jugak aku tgk belang tu..tapi nk buat mcm mane.lepas jer blk jpe doctor dia buat perangai pelik...cari port tido terbaik..cuba tgk gmbr ni..


Bila aku alih dia kat tempat lain, dia tetap lari tido kat pasu bunga tu..aduh..padahal panas tido kat situ tu...ape2 lah belang,janji ko sihat..

Condition belang sekarang: kurus, xnk mkn, minum kene paksa, makan kene paksa, bdn tetap rasa panas, telinga makin sembuh.

Tuesday, March 8, 2011

Part 4: Belang dah mula sembuh

Alhamdulillah...Syuukur..

Belang dah mula nampak perubahan yang positive..Dia dah boleh duduk lepak kat hall ni and mintak kuar rumah lagi..maybe dia nk ambik angin luar pulak kot..Panggil nama dia pun dia dah boleh menyahut dengan lantang sekali..siap dtg dekat aku lagi.tapi dia tetap nk keluar umah!.tapi aku tak benarkan dia keluar umah..dia blm sihat sepenuhnyer..risau kalo ape2 jd kat dia..kalo depan mata kita, kita taulah apa yang terjadi...sabar yer sayang..

Sekarang belang dh mencari port tido kat toilet pulak.tak pelah belang,asalkan ko selesa.Demam panas dia aku rase macam dah kebah siket,sebab aku pegang dia pun dah tak sepanas sebelum ni. alhamdulillah..atleast suhu badan dia turun aku dah lega siket..telinga dia yang sakit tu pun aku rase mcm dh beransur sihat.sebab aku pegang telinga dia n servis, dia bag good respon jer..kira dh sehat lah tu kan?

Aku letakkan semangkuk air sejuk untuk belang minum.alhamdulillah,dia minum.haus agaknyer kan?atleast dia dapat basahkan tekak dia.dapat sejuk kan perut dia..cuma makan jer belum lagi buat masa skrg ni.tak pelah maybe esok or lusa ada lah dia selera mkn dia tu...

Bila tgk belang berjalan ngn lari dengan bertenaga sekali aku gembira sangat..xderla aku terfikirkan dia setiap masa...risau sgt2...

xperla, tgklah perkembangan esok pulak macam mane.manelah tau.beransur sihat...


Terima kasih kepada yang sudi membaca kisah belang ni..

Sunday, March 6, 2011

Part 3: Belang dan Ubat

Memang masih topic yg sama...aku nk berkongsi lagi cerita aku..

Ubat dan Manusia?Sama juga ubat dan haiwan. masing2 memerlukan ubat untuk membantu melawan penyakit yang dialami.

Doctor bagi belang ubat titis telinga, antibiotik dan ubt bengkak(aku tak sure nape doctor kasi ubat ni). Mmg sangat susah bila nak kasi belang mkn ubat.lebih-lebih lagi ubat berbentuk pil or kapsul.boleh plak dia muntahkan balik.aduhai..layan dia mkn ubat jer dah sejam lebih.

Doctor jugak sarankan belang makan dan minum berlebihan.untuk menggalakkan pembuangan air kecil dan besar bagi membantu proses penyembuhan.(nak kasi virus tu kuar melalui air kencing). Doctor jugak suruh aku beli glucose untuk memberi tenaga pada belang.so aku pun beli lah..untuk kucing aku, ape saje je boleh (aku pun tak minum benda ni)..

Silapnye pada aku jugak.melengahkan vaksin pada binatang peliharaan.Bukan tak nak buat, tp time nk buat,belang plak tak sehat..so sesape yang ade kucing, sila lah hantar pergi vaksin.memang terbaik untuk anda...sekarang nk menyesal pun tak da gunanya...

Encik Tunang sarankan untuk hantar ke 1 tempat ni.di Cheras Selatan.Brother ni bukak Petshop. dan dia jugak ade bela byk giler kucing. Brother ni penah citer yg dia pernah handle case kucing kene virus ni. kucing tu dh nk mati pun tapi entah macam mane abg ni ikhitar akhirnya kucing tu sihat kembali.
Aku ingat nk hantar jugak la kat brother ni.mane lah tau kalo belang masih lagi ade peluang untuk teruskan kehidupannya di bumi ini.

Nanti aku update lagi status kesihatan Belang ok!

Doakan belang selamat dan sihat hendaknya...belang segalanya bagi aku...


Part 2: Si Belang Sakit Lagi

Topic still sama,mengenai kucing kesayangan aku Belang..

Aku rasa mmg patut sharing untuk aku dan si Belang aku...

Baru ni aku ade cerita pasal Belang demam, baru-baru ni lagi aku bawak belang gi Vet's.Sebab ada sesuatu telah terjadi pada dia.Telinga belang bernanah..melimpah habis kat tmpt tido dia..mulanya aku tak perasan.seperti biase aku blk keje aku cium dia.tapi bau busuk pulak kali ni..memang busik giler la..sekali aku angkat dia rupanya telinga dia bernanah..Then,aku terus bersihkan telinga dia yang kotor tu.

Keesokkan harinya aku bawak gi Vet's lagi..Doctor sah kan dia terkena virus.

Tanda-tanda dia sebegitu :

1. Kemurungan
2. Kelihatan pasif
3. Suka menyendiri
4. Mendiamkan diri ditempat yang sejuk spt bilik air, lantai bersimen, ruang tersorok dll.
5. Duduk dan melipatkan tangan kearah dada dan menegakkan kepala dengan mata yang tertutup.
6. Kencing yang berwarna kekuningan lebih dari kencing yang biasa...juga najis yang cair dan berbau..
7. Sememangnya kelihatan sakit. ( Keadaan yang lain dari hari2 biasa yang anda kenali terhadap kucing peliharaan anda )

OMG! aku try google, ia boleh menyebabkan kematian! aku tak sanggup kehilangan belang. mau aku nangis teresak-esak...saat ketika ni aku telah menitiskan air mata ku..tak dapat nak berselindung jika ketiadaan belang...


Part 1:Si Belang Demam

Lama aku tak update blog aku...kesibukkan yang melanda menyebabkan aku kurang perihatin dengan blog aku ni..Lama menyepi tetiba posting 1 story yang boleh disharing bersama...

Minggu lepas si Belang demam..dapat detact dari suhu badan dia yang panas.bila kita peluk dia, kehangatan terasa.makan pun tak lalu..dan dia lebih gemar mencari tempat yang sejuk dan tido sehingga lupa tentang makan dan minum.Setiap kali aku pulang, barulah dia sibuk mintak makan.tu pun hanya menjamah sedikit untuk sedapkan hati aku je...

Aku hantar ke Hospital Vetrinar di Cheras.
Bila didepan doctor,belang sangat baik..menjadi kucing yang patuh tetapi tak macam kat umah..(maybe ngada-ngada lebih kat umah). Doctor ambik suhu and bagi injection, tapi still ok and cover cun je belang ni..Bila disuruh timbang, belang mmg xnk berganjak dh lepas timbang tu..maybe dia begitu selesa untuk tido kat situ kot.maklumlah, bagi dia mesti best tempat timbang tu (timbang macam baby punya tu lah).Berat turun! mane tak nyer..makan pun tak nk..susut la badan dia..

Doctor sahkan yang belang memang demam dan suhu 39 darjah celcius. Doctor bagi 2 suntikan untuk belang supaya boleh bergerak aktif seperti sediakala. and menaikkan selera makan dia. Cost rawatan tak mahal..rm25 jer.so aku rasa berbaloi. (padahal duit mkn aku 3 hari tu)

So, harapkan belang sihat hendaknya...amin...